My Local Contest 2018

Malaysia 40m Local Contest yang diadakan pada 3 Februari 2018 merupakan ‘contest’ sulung anjuran tempatan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sehingga ke proses terakhir pertandingan iaitu mengumumkan keputusan penuh.

Artikel ini akan membincangankan secara terperinci analisis penuh Malaysia 40m Local Contest yang telah diadakan. Pihak 9MDXC akan membahagikan analisis ini kepada tiga bahagian utama.

SEBELUM ‘CONTEST’

1. Terdapat peserta yang tidak membaca atau memahami peraturan-peraturan ‘contest’ dengan betul.

2. Peserta belum pernah menggunakan sebarang perisian untuk menghasilkan log ‘contest’ atau tidak memahami format log ‘contest’ yang ditetapkan.

3. Peserta kurang memahami cara pemarkahan dijalankan. Sepatutnya peserta perlu mengejar stesen ‘multi‘ terlebih dahulu kemudian diikuti dengan stesen yang berlainan ‘region‘.

4. Pihak 9MDXC menghargai usaha rakan-rakan amatur Malaysia untuk mempromosikan Malaysia 40m Local Contest yang diadakan melalui pelbagai media seperti Facebook dan Whatsapp.

SEMASA ‘CONTEST’

1. Pihak 9MDXC mendapati terdapat kemungkinan peserta yang telah melanggar peraturan-peraturan pertandingan seperti:

1.1 Menggunakan ‘power‘ melebihi had limit yang dibenarkan.

1.2 Melakukan kesalahan ‘self-spotting‘.

Pihak 9MDXC menyedari akan pelanggaran ini, namun tiada tindakan membatalkan penyertaan diambil memandangkan ‘contest’ sulung ini diadakan lebih kepada untuk menguji sistem robot ‘contest’. Namun, pihak 9MDXC akan membuat pemerhatian kepada individu-individu yang telah dikenal pasti pada ‘contest’ yang akan datang.

2. Terdapat banyak ‘callsign‘ baharu yang sebelum ini jarang ke udara telah mengambil bahagian. Ucapan tahniah kepada mereka kerana menyahut cabaran dan memberikan sokongan kepada pihak 9MDXC. Walaupun, mereka menggunakan skrip dan sebagainya, bagi pihak 9MDXC itu tetap merupakan kejayaan bagi diri mereka sendiri.

3. Peserta perlu membiasakan diri dengan penggunaan masa UTC bukannya masa tempatan.

SELEPAS ‘CONTEST’

1. Terdapat peserta yang tidak menghantar log mereka. Hal ini menyebabkan log yang dibuat dengan mereka tidak dikira dan markah 0 terpaksa diberikan.

2. Terdapat 2 buah negeri yang tiada wakil peserta iaitu Kelantan (D) dan Pulau Pinang (P). Peserta yang paling banyak ialah dari negeri Selangor (B) iaitu 14 orang. Berikut ialah graf penyertaan penuh sebanyak 53 stesen seluruh Malaysia:

Graf penyertaan setiap negeri.

3. Setelah dibuat penilaian kepada log-log yang dihantar, pihak 9MDXC mendapati terdapat kemungkinan peserta telah melakukan kesalahan membuat log ‘pirate‘ iaitu ‘callsign’ yang hanya dilog oleh stesen tertentu sahaja.

4. Semasa penghantaran log, peserta tidak menyemak semula perkara berikut sebelum menghasilkan fail ‘cabrillo’:

4.1 Kod negeri.

4.2 Tarikh ‘contest’.

4.3 Kategori penyertaan.

Kelalaian peserta ini menyebabkan log mereka boleh ditolak oleh pihak 9MDXC kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Namun, pihak 9MDXC masih memberikan ruang pembetulan kepada mereka dengan menghantar emel secara khusus agar mereka menghantar semula log.

5. Pihak 9MDXC juga mendapat terdapat peserta yang cuba mengubahsuai fail ‘cabrillo’ yang dihasilkan. Namun, semasa proses menyimpan semula atau ‘save’ perubahan yang dibuat, terdapat kesilapan seperti kolum yang berubah dan tertambah baris. Hal ini menyebabkan log mereka tidak boleh dinilai oleh robot ‘contest’.

Akhirnya, pihak 9MDXC berharap semua stesen amatur Malaysia dapat belajar sesuatu dari Malaysia 40m Local Contest yang diadakan ini. Pihak 9MDXC juga berharap agar sokongan penuh terus diberikan agar bersama-sama kita memajukan bidang radio amatur di Malaysia.

73, 9MDXC.

14 thoughts on “My Local Contest 2018

  • 19th February 2018 at 4:27 am
    Permalink

    Tahniah 9MDXC. Teruskan lagi pada masa akan datang. 73

    Reply
    • 19th February 2018 at 6:33 am
      Permalink

      Terima kasih atas sokongan anda. Pihak 9MDXC akan berusaha memberikan yang terbaik buat bidang radio amatur di Malaysia.

      Reply
  • 19th February 2018 at 6:57 am
    Permalink

    Kita tidak akan berjalan lebih jauh tanpa langkah yang pertama. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Usaha dan kerja buat anda sangat-sangat dihargai demi radio amatur Malaysia. Keep it up, 73.

    Reply
    • 19th February 2018 at 9:59 am
      Permalink

      Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Pihak 9MDXC mengharapkan semua stesen amatur tempatan dapat terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

      Reply
  • 19th February 2018 at 2:42 pm
    Permalink

    Satu usaha memartabatkan ham radio Malaysia di mata dunia. Syabas dan tahniah 9MDXC. 73

    Reply
    • 8th March 2018 at 10:02 pm
      Permalink

      Pihak 9MDXC akan berusaha yang terbaik bagi merealisasikan objektif-objektif yang telah kami nyatakan. Terima kasih.

      Reply
  • 6th March 2018 at 5:53 am
    Permalink

    Tahniah, saya belum pernah menyertai mana-mana ‘contest’. Dengan adanya ruangan ini, dapat saya belajar. Insya-Allah satu hari nanti.

    Reply
    • 8th March 2018 at 10:00 pm
      Permalink

      Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada pihak 9MDXC.

      Reply
  • 11th April 2018 at 6:28 am
    Permalink

    Tahniah! Bila contest yang seterusnya?

    Reply
    • 18th April 2018 at 3:51 pm
      Permalink

      Terima kasih atas sokongan. Pihak 9MDXC dalam proses merancang DX contest. Sila nantikan pengumuman rasmi.

      Reply
  • 18th April 2018 at 4:27 pm
    Permalink

    Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur untuk acara 2m Net pada 18-04-2018 bagi sambutan Hari Radio Amatur Sedunia. Tahniah diucapkan kepada Net Control 9W2VWT, daripada 9W8STA.

    73, jumpa lagi.

    Reply
  • 1st August 2018 at 8:39 am
    Permalink

    Congrats for your Independence day! Looking forward to work all your special stations.

    73, Tony/ OH1TD.

    Reply
    • 1st August 2018 at 9:19 am
      Permalink

      Thank you for your support, Tony.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *