CQ Merdeka

SPECIAL EVENT STATION BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-61

OBJEKTIF:

Untuk mempromosikan negara Malaysia dan kemerdekaan negara yang ke-61 dengan sambutan dari pengiat radio amatur di dalam negara. SIG 9MDXC mengambil langkah untuk turut serta memeriahkan sambutan kemerdekaan negara sambil mempromosikan kegiatan radio amatur secara khusus dalam ‘high frequency’ (HF) di pelbagai ‘mode’ dan ‘band’ yang dibenarkan.

PENYERTAAN:

Persatuan atau kelab radio amatur yang berdaftar di Malaysia.

KUMPULAN SASARAN:

Penyertaan seluruh Malaysia secara khusus & seluruh nusantara secara am. Stesen DX adalah keutamaan.

TARIKH AKTIVITI:

1 Ogos 2018 – 1 September 2018.

CALLSIGN:

9M61MY – HQ

9M61MR – Perlis

9M61MK – Kedah

9M61MP – Penang

9M61MA – Perak

9M61MD – Kelantan

9M61MT – Terengganu

9M61MC – Pahang

9M61MB – Selangor

9M61MW – Kuala Lumpur

9M61MM – Melaka

9M61MN – Negeri Sembilan

9M61MJ – Johor

9M61MS – Sabah

9M61MQ – Sarawak

PENGUMPULAN LOG:

1. Setiap kelab yang mengambil bahagian perlu menghantar log dalam bentuk .adif fail. Penggunaan perisian seperti N1MM amat digalakkan bagi memudahkan proses mencatat log yang dibuat.

2. Setiap kelab perlu menggunakan ‘QRZ page‘ dan menyatakan pemberitahuan berkenaan ‘Log checking‘ dan ‘Award‘ dari web 9MDXC.

3. Setiap kelab perlu memuat naik log secara berkala ke dalam web 9MDXC. Log manager‘ perlu dilantik oleh setiap kelab untuk menguruskan perkara ini dan perlu mendaftar dengan 9MDXC untuk mendapatkan kata laluan khas.

4. Hasil dari log yang dihantar, pihak 9MDXC akan mengeluarkan graf khas yang menunjukkan bilangan ‘contact‘ terkini bagi setiap stesen CQ Merdeka ke-61.

MASA ‘CQ’:

1. Satu jadual panduan atau ‘guideline’ untuk CQ akan dikeluarkan berdasarkan masa, tarikh & ‘band’ yang sesuai.

2. Kelab yang mengambil bahagian hendaklah cuba untuk mengikut jadual yang dikeluarkan bagi memastikan program berjalan lancar dan menepati target log.

3. Beberapa ‘band’ utama dan ‘mode’ akan cuba diperkenalkan bagi menjadikan program lebih meriah.

ANUGERAH KHAS:

1. Setelah beberapa percubaan dan penambahbaikkan, web 9MDXC kini mempunyai keupayaan untuk menyerahkan ‘digital certificate‘ secara pantas dan berkesan.

2. ‘Log checking‘ juga akan diperkenalkan di web 9MDXC secara berkelompok dan ia akan memberi impak yang maksima terhadap penggunaan web dan memudahkan operator menyemak CS mereka sama ada ‘contact’ yang dibuat berjaya atau tidak. Sila lawati halaman ini.

3. Individu yang berjaya ‘contact’ dengan bilangan stesen CQ Merdeka ke-61, layak untuk menerima anugerah yang tertera:

A. Bronze: QSOs yang sah dengan 7 stesen CQ Merdeka ke-61.

B. Silver: QSOs yang sah dengan 10 stesen CQ Merdeka ke-61.

C. Gold: QSOs yang sah dengan 15 stesen CQ Merdeka ke-61.

D. Platinum: QSOs yang sah dengan 15 stesen CQ Merdeka ke-61 pada mode ‘Phone‘ dan sekurang-kurangnya 7 QSOs yang sah di mode ‘Digital‘ atau ‘CW‘.

KAD QSL/ eQSL:

Pihak MARTS hanya menguruskan proses dan bayaran untuk memperoleh AA bagi tujuan acara ini. Lain-lain kos pengendalian dan urusan QSL kad atau eQSL sama ada masuk atau keluar HARUSLAH diuruskan sendiri oleh persatuan atau kelab yang terlibat. Segala QSL kad yang diterima hendaklah dibalas serta mempamerkan sikap profesional melalui jawapan balas kad tersebut. Pihak 9MDXC pula hanya menguruskan ‘Award‘ sahaja.

SYARAT PERMOHONAN:

1. Terbuka kepada semua persatuan atau kelab radio amatur di Malaysia.

2. Tidak tertakluk kepada satu (1) persatuan atau kelab sahaja bagi setiap negeri. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan, jadual penggiliran akan disediakan.

3. Setiap permohonan mesti menyatakan ‘Station Master‘, ‘Event Manager‘ dan ‘Log Manager yang disertakan maklumat terperinci mereka seperti nama, ‘callsign’ dan nombor telefon.

4. Sasaran minimum bagi setiap ‘callsign’ ialah sebanyak 200 ‘contacts’.

5. Sila isi permohonan anda di halaman ‘CQ Merdeka Form‘. Sila klik di sini. Sila hantar bersama surat ‘Nyata Hasrat‘ iaitu surat rasmi yang menyatakan persatuan atau kelab anda berminat untuk mengendalikan ‘callsign’ istimewa sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61.

6. Persatuan atau kelab yang permohonannya berjaya, akan dihubungi oleh pihak 9MDXC bagi proses yang seterusnya.

7. Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Julai 2018.

BAYARAN AA:

Proses pengendalian dan pemprosesan bagi pengeluar AA CQ Merdeka ke-61 ini diuruskan oleh MARTS.

ENGLISH VERSION

OBJECTIVE:

To promote Malaysia’s country and its 61st independence with the welcome of amateur radio enthusiasts in the country. The 9MDXC GIS takes steps to participate in enlivening the national independence celebration while promoting amateur radio activities specifically in ‘high frequency’ (HF) in permissible ‘modes’ and ‘bands’.

TARGET GROUPS:

Participation throughout Malaysia in particular & throughout the archipelago in general. DX station is a priority.

DATE OF ACTIVITIES:

August 1, 2018 – September 1, 2018.

CALLSIGN:

9M61MY – HQ (9M2)

9M61MR – Perlis (9M2)

9M61MK – Kedah (9M2)

9M61MP – Penang (9M2)

9M61MA – Perak (9M2)

9M61MD – Kelantan (9M2)

9M61MT – Terengganu (9M2)

9M61MC – Pahang (9M2)

9M61MB – Selangor (9M2)

9M61MW – Kuala Lumpur (9M2)

9M61MM – Melaka (9M2)

9M61MN – Negeri Sembilan (9M2)

9M61MJ – Johor (9M2)

9M61MS – Sabah (9M6)

9M61MQ – Sarawak (9M8)

SPECIAL AWARD:

1. After several attempts and enhancements, the 9MDXC web now has the ability to submit ‘Digital certificate‘ quickly and effectively.

2. ‘Log checking‘ will also be introduced on the 9MDXC web in batch and it will have a maximum impact on web usage and facilitates operators to check their CS whether the ‘contact’ is made successful or not. Kindly to visit this site.

3. Successful individuals with the number of 61st CQ Merdeka stations are eligible to receive the following award:

A. Bronze: Valid QSOs with 7 stations of the 61st CQ Merdeka.

B. Silver: Legitimate QSOs with 10 stations of the 61st CQ Merdeka.

C. Gold: Legitimate QSOs with 15 stations of the 61st CQ Merdeka.

D. Platinum: Legitimate QSOs with 15 stations of 61st CQ Merdeka in ‘Phone‘ mode and at least 7 legitimate QSOs in ‘Digital‘ or ‘CW‘ mode.

CONTEST NEWS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *