Viral Malaysian Shack

Apabila masyarakat berbual tentang hobi radio amatur, pastinya kita akan tertanya-tanya tentang keadaan konfigurasi peralatan radio di rumah seseorang pengendali radio amatur tersebut atau dipanggil ‘radio shack‘. Seterusnya, kita juga pasti berminat untuk melawat tempat mereka untuk melihat dengan mata sendiri.

Jadi, dalam menghargai semangat juang yang tinggi dalam erti keseronokan menerokai hobi radio amatur di Malaysia dan ilmu berkenaan gelombang radio, pihak 9MDXC ingin mengalu-alukan mana-mana pengendali radio amatur Malaysia yang berminat, untuk menghantar satu gambar swafoto yang boleh membangunkan semangat untuk rakan-rakan atau peminat hobi radio amatur. Gambar yang dihantar ini nanti akan dipaparkan di halaman khas yang diberi namaMalaysian Shack Gallery‘.

Sila hantar gambar anda melalui borang di bawah:

Berikut ialah syarat-syarat penyertaan:

1. Hanya satu gambar sahaja dibenarkan.

2. Gambar yang dihantar mestilah memaparkan ‘radio shack‘ yang sebenar.

3. Pemilik ‘radio shack‘ atau peralatan radio amatur mestilah terdapat dalam gambar tersebut.

4. Gambar yang dimuat naik mestilah dalam format .jpg sahaja.

5. Tiada sebarang perkataan atau logo yang ditambah pada gambar yang diambil.

Pihak 9MDXC akan memproses penyertaan anda dalam tempoh -+ 2 hari. Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan akan menyebabkan penyertaan anda dibatalkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh komen sahaja di ruangan komen di bawah.

Terima kasih.

7 thoughts on “Viral Malaysian Shack

  • 29th January 2019 at 4:08 am
    Permalink

    Thanks for the opportunity given to all Malayian ham radio. Congrulations to all off you.

    Reply
  • 5th February 2019 at 3:08 am
    Permalink

    Terima kasih kepada SIC 9MDXC atas pengajuran aktiviti ini. Kalau boleh jadikannya sebagai aktiviti tahunan supaya lebih banyak gambar-gambar yang lagi cantik dapat dipaparkan. Nanti boleh dihasilkan video dari gambar-gambar yang dikumpulkan dalam durasi lebih kurang 2 minit. Saya gembira bersamamu daripada paka-pakaku.

    De 9M2VBC, HAM Melaka.

    Reply
    • 5th February 2019 at 3:32 am
      Permalink

      Terima kasih atas penyertaan. Pihak 9MDXC amat menghargainya.

      Reply
  • 5th February 2019 at 8:20 am
    Permalink

    Thank you for the opportunity given to all Malaysian ham radio. What a good idea from you all. Congratulation and well done to 9MDXC team. All the best with what you will do.

    73.
    De 9W2VCK.

    Reply
    • 5th February 2019 at 11:20 pm
      Permalink

      Many thanks for the support. We really appreciate it. See you in the next 9MDXC’s event.

      Reply
  • 5th February 2019 at 6:41 pm
    Permalink

    Terbaik.

    Semoga ramai lagi rakan ham menyertai aktiviti *Malaysian Shack*. Semoga dipermudahkan segala urusan dan bermanfaat kepada semua rakan ham. Wish you goodluck.

    73, De 9W2PVH

    Reply
    • 5th February 2019 at 11:19 pm
      Permalink

      Terima kasih juga atas sokongan. Pihak 9MDXC mendoakan juga anda dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan. Amin.

      Reply

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *