Cameron Highlands DXing

Program Cameron Highlands DXing 2019 (CHDX) adalah program ‘DXing‘ yang pertama kali dianjurkan oleh Malaysia HF DX & Contest Committee (9MDXC). Program ini diuruskan oleh Kelab Radio Amatur Jalan Klang Lama (AROL) bersama kelab-kelab radio amatur lain di Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk menghimpunkan pengendali radio amatur seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Kemudian, boleh saling berkenalan dengan lebih rapat disamping melakukan aktiviti ‘DXing‘.

 

TARIKH:

28, 29 & 30 Mac 2019.

 

LOKASI:

Club House,
Kelab Komunikasi & Rekreasi Cameron Highlands (RCRC).

 

YURAN:

RM150/ seorang.

– Baju.

– Topi.

– ‘Tags’.

– ‘Sticker/ keychain’.

– Makan & minum semasa program.

– Tidak termasuk penginapan.

 

Pembelian baju sahaja ialah RM60 dan topi sahaja ialah RM45. Urusan pembayaran boleh dibuat terus melalui 9W2VWT, Mohd Nasir Abu Mansor (bendahari program):

514785052727
MAYBANK

Sila tunjukan bukti pembayaran melalui ‘WhatsApp’ ke +6016-215 2574. Tarikh tutup pembayaran ialah tepat pada jam 11.59 malam 28/02/2019. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 9W2VWT – 016 215 2574 atau 9W2VGR – 012 534 7151.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aktiviti radio amatur yang ingin disiarkan di web 9MDXC, sila hubungi pihak 9MDXC melalui emel atau FB. Kami amat mengalu-alukannya.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *