CQ MERDEKA

SPECIAL EVENT STATION BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-64

OBJEKTIF:

Untuk mempromosikan negara Malaysia dan kemerdekaan negara yang ke-64 dengan penyertaan dari pengiat radio amatur dalam dan luar negara. 

TEMPOH AKTIVITI:

[MULA]

00:00 AM MYT, 27 Ogos 2021 (Jumaat)

[TAMAT]

11:59 PM MYT, 1 September 2021 (Rabu)

SPECIAL CALLSIGNS:

9M64MR – Perlis

9M64MK – Kedah

9M64MP – Penang

9M64MA – Perak

9M64MD – Kelantan

9M64MT – Terengganu

9M64MC – Pahang

9M64MB – Selangor

9M64MW – Kuala Lumpur

9M64MM – Melaka

9M64MN – Negeri Sembilan

9M64MJ – Johor

9M64MS – Sabah

9M64MQ – Sarawak

SYARAT PERMOHONAN:

1. Terbuka kepada semua persatuan atau kelab radio amatur di Malaysia.

2. Setiap permohonan mesti menyatakan ‘Station Master‘, ‘Log Manager’ dan ‘Event Manager berserta maklumat terperinci mereka. Sila isi permohonan anda di halaman ‘CQ Merdeka Form‘. Sila klik di sini.

3. Muat naik bersama surat ‘Nyata Hasrat‘ iaitu surat rasmi yang menyatakan bahawa persatuan atau kelab anda berminat untuk mengendalikan ‘callsign’ istimewa sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64.

4. Persatuan atau kelab yang permohonannya berjaya, akan dihubungi oleh pihak 9MDXC bagi proses yang seterusnya.

5. Persatuan atau kelab yang terpilih perlu menyediakan sejumlah bayaran bagi tujuan pemprosesan AA CQ Merdeka ke-64 ini. Untuk mengetahui jumlah bayaran sebenar, boleh berhubung terus dengan pihak MARTS.

6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Ogos 2021 (Jumaat).

PROSEDUR UMUM:

1. Urusan pengumpulan log diuruskan oleh ‘Log Manager’ masing-masing. Sekiranya terdapat mana-mana stesen yang ingin membuat penyemakan log, sila rujuk terus dengan individu bertanggungjawab bagi ‘callsign’ Merdeka tersebut.

2. Tugas ‘Event Manager‘ pula adalah untuk menguruskan urusan dari segi waktu CQ dan penggunaan ‘band’ tertentu bagi ‘callsign’ Merdeka yang mereka kendalikan. 

3. Pihak 9MDXC tidak menyediakan sebarang ‘Award‘ istimewa bagi program CQ Merdeka ke-64 ini.

4. Semua urusan kad QSL atau eQSL sama ada masuk atau keluar MESTI diuruskan sendiri oleh persatuan atau kelab yang terlibat. Kad QSL yang diterima hendaklah dibalas serta mempamerkan sikap profesional melalui jawapan balas kad tersebut. 

CONTOH SURAT NYATA HASRAT:

 

CONTEST NEWS